Elaun Perjalanan

Gua rasa salah satu penyebab dana kerajaan semakin menyusut adalah berpunca daripada penjawat awam sendiri. Kenapa? Pasal ketirisan dalam claim elaun perjalanan. Gua dah nampak benda ni banyak kali dan saban tahun. Kalau kira, boleh bikin juta-juta. Sampai gua boleh dengar orang cakap,

Ye la. Kita ni berkereta. Semua benda kena bayar. Maintenance kereta pun kena fikir. Pasal tu claim kena banyak.

Setau gua, elaun perjalanan hanya nak claim balik jumlah kilometer yang kita pergi jek untuk tujuan kerja. KERJA OK! Gua rasa, lepas untuk duit guna minyak pun. Bangang ape sampai maintenance kereta lu pun nak kena masuk sekali. Pastu claim benda-benda yang tak munasabah. Baik lu masukkan je terus installment lu bulan-bulan dalam claim. Bangang!

Comments

Popular Posts