Tips Kewangan.


Gua dah baca banyak tips-tips kewangan daripada ramai sifu-sifu kat luar sana macam Abang Ensem, AslamIrfan Khairi, Azizi Ali, Pakdi.net, Mat Joe dll. Untuk permudah bicara, follow jer tips simple daripada Irfan Khairi yang mudah dipraktikkan.

Hanya 2 cara sahaja yang kita boleh lakukan untuk stabilkan kewangan kita. iaitu:
·         Tambahkan simpanan (berjimat)
·         Tambahkan pendapatan

Untuk tambahkan simpanan atau berjimat, satu formula yang dikenali sebagai “Solusi 60%” boleh digunakan. Solusi 60% bermaksud:
·         60% dari pendapatan kita adalah untuk keperluan bulanan seperti membayar kereta, rumah, bill, makan minum dan sebagainya.
·         10% dari pendapatan adalah untuk simpanan jangka panjang
·         10% dari pendapatan adalah untuk simpanan jangka pendek
·         10% dari pendapatan adalah untuk simpanan hari tua/pencen.
·         10% dari pendapatan adalah untuk hiburan / perbelanjaan am

***

Setakat ni gua berada pada track yang betul seperti tips ada kat atas. Part 60% tu terpaksa gua highlight kan. Memandangkan gua tengah menjalani 'rejim 15k' jangka pendek untuk mengumpul dana bagi tujuan bisnes kahwin gua, gua telah menjadi manusia cheapskate dan menjalani hidup minimal. Mula-mula memang susah, tapi kalau dah lama OK jer. Alah bias tegal biasa orang cakap. Berikut adalah pecahan kewangan gua:-

·         Kereta = rm5++
·         Insuran = rm100
·         PTPTN = rm100
·         Family = rm2++
·         Belanja = rm180
·         Balance = Simpan Terus!

Macam biasa, segala hutang-hutang akan diutamakan dahulu. Macam kereta, PTPTN, insuran kereta (gua simpan bulanan, kalau gedebuk nak keluar semua dengan installment kereta dalam sebulan, rabak beb!). Itu je kot hutang gua. Nak buat personal loan memang mintak makngap lar. Gua tak layan. Kawin pun gua nak kumpul. Ape barang kawin hutang kan? Cuma gua nak fikir loan rumah jer ni. Sekarang tak layak lagi.

Memandangkan gua masih berada dalam naungan family, gua tak de masalah untuk rumah sewa. Itu kelebihan pertama. Nak kata makanan jadi kelebihan gua jugak tak jugak rasanya. Pasal biasa gua sarapan & lunch kat luar waktu kerja. Malam memang tak makan dah.

Nampak perbelanjaan gua rm180? Itu merangkumi makan, minyak, bahan bacaan, topup semua. Pasal tu gua cakap gua tengah menjalani kehidupan macam rejim. LOL! Itu pun kadang-kadang gua terlebih sudah. Tapi gua masih waras. Lu orang boleh idup selama sebulan kalau kat tangan ada rm180?

p/s: Kalau nak kurang tambah pendapatan, cari kerja part-time. OK?

Comments

Popular Posts