Memori Ramadhan


Bulan Ramadhan 2005, gua kerja sebagai juruwang atau nama glamer dia cashier di Xtra Hypermarket. Itu jam nama dia Xtra lagi, sebelum company tu bungkus Giant yang ambil alih. FYI, itu pekerjaan pertama gua selepas tamat persekolahan yang cukup panjang. Lepas gua amik STPM.

Nak jadi cerita, gua punya berkobar-kobar dapat keje pertama sampai gua fikir dah tak nak raya. Gua dah bilang mak gua siang-siang. Gua tak nak ikut balik kampong. Keje time raya gaji masyuk. Dapat gaji double. Sape tak nak?

Hari pertama sampai ke-5 gua steady. Kerja dengan penuh dedikasi. Masuk hari ke-6, gua dah rasa lain macam. Itu jam, tempat cashier gua betul-betul berdepan dengan kedai VCD haram. Macam biasa, kedai VCD kalau tak bukak lagu @ pasang movie baru memang tak sah. Time tu meriah dengan lagu raya. Hari-hari gua keje, telinga gua dah berdesing dengar lagu raya.

Mula-mula berdesing dekat telinga. Lepas tu dah menyusup kat dalam hati pulak. Celake! Gua ingat lagi itu jam diorang bukak lagu Nazam Lebaran Siti nyanyi. Happy mood nak raya. Diorang bukak lagu Nazam Lebaran tu hari-hari sampai gua naik hafal die punya lagu.

Hari semakin hari jiwa gua yang kental tak nak raya tu makin luntur dek kerana lagu-lagu raya ni. Gua cuba gagahkan jugak. Gua buat macam tak de ape-ape. Dalam kepala gua fikir gaji double jek.

Tapi kata orang, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Gua akhirnya akur dengan takdir tuhan. Hari ke-27, gua macam terpukau. Gua tender surat resign, gua cakap family gua kena transfer. Gua terpaksa resign. Terpaksa! Gua tengok muka HR manager tu yakin dengan alasan gua. Die siap cakap lagi, family gua mesti orang gomen sebab kena transfer. Gua senyum kelat. Time tu kepala gua dah fikir nak raya balik kampUng je. Dah tak fikir gajI double!

Time tu jugak gua sedar. Mentaliti gua memang tak kuat. Lemah semangat. Memang celake!

Comments

Popular Posts