Hal Kerja
ISNIN:
Tepat jam 7.30am, gua biasa dah keluar rumah. Itu jam gua dah siap-siap nak pergi keje, panaskan enjin motor dan buatlah apa-apa perlu. Biasanya, time macam ni ada seorang makcik ni, pun tengah siap-siap nak pergi keje. Dia akan tegur gua itu jam,
Makcik A : Keje?
Gua : Ye ‘cik. Keje.
SELASA:
Tepat jam 7.30am, gua biasa dah keluar rumah. Itu jam gua dah siap-siap nak pergi keje, panaskan enjin motor dan buatlah apa-apa perlu. Biasanya, time macam ni ada seorang makcik ni, pun tengah siap-siap nak pergi keje. Dia akan tegur gua itu jam,
Makcik A : Keje?
Gua : A’ah. Keje.
RABU:

Gua : Gua senyum. Tak kata ape-ape.
KHAMIS:
Tepat jam 7.30am, gua biasa dah keluar rumah. Itu jam gua dah siap-siap nak pergi keje, panaskan enjin motor dan buatlah apa-apa perlu. Biasanya, time macam ni ada seorang makcik ni, pun tengah siap-siap nak pergi keje. Dia akan tegur gua itu jam,
Makcik A : Keje?
Gua : Gua senyum.
***
JUMAAT:
Tepat jam 7.30am, gua biasa dah keluar rumah. Itu jam gua dah siap-siap nak pergi keje, panaskan enjin motor dan buatlah apa-apa perlu. Biasanya, time macam ni ada seorang makcik ni, pun tengah siap-siap nak pergi keje. Dia akan tegur gua itu jam,
Makcik A : Keje?
Gua : Tak ‘cik, nak pergi merompak nih!
p/s: Hari Jumaat punya insiden belum pernah berlaku. Gua baru cadang nak buat.
Comments