Kahwin?
Selama gua hidup selama 26 tahun (25 tahun 9 bulan actually), ada dua benda gua susah nak achieve apa yang gua inginkan. Kerjaya & cinta. Dengan kerja gua yang sekadar cukup makan, gua tak panggil itu suatu kerjaya yang berjaya. Pada gua. Tapi still gua punya rasa syukur kerana gua tak tanam anggur macam orang graduan lain. Itu bahagian yang positif.
Bab cinta pula setakat hari ini 14 Ramadhan 1432H, honestly juga gua katakana gua tak de calon yang SERASI untuk dibuat bakal bini. Walapupun gua banyak bercerita tentang my dearest, itu bukan waranti gua selesa dengan dia dan akan kahwin dengan dia sedikit masa lagi.
Marriage is not few years affair. You have to be certain on this matter. Itu gua fikir. Gua taknak kahwin sampai anak cucu. Gua nak kahwin sampai akhir hayat. Dan yang penting, apa yang lu lalui dalam perkahwinan itu walaupun ada cabaran dan rintangan, tetapi lu happy. Buat ape kahwin kalau tak happy? Marriage is a gamble. Perjudian hidup. Perjudian tersebut memang tak boleh tak, terpaksa ditempuhi. Tapi cara kita berjudi & level konfiden tu yang penting. Ape gua mencarut ni?
Gua akui gua memang seorang yang observant. Gua boleh tahu karektor orang yang gua kenali hanya dalam masa seminggu dua. Dari situ gua boleh kenal, orang tu boleh get along dengan gua atau tidak. Hah! Tapi, bab cinta gua memang epicfail sampai sekarang untuk mencari orang yang benar-benar get along dengan gua. Ada pun hampir-hampir. Hampir-hampir means gua tak certain. Bila gua tak certain, gua tak kan gamble untuk itu.
Kenapa tak gamble? Pasal gua ni seorang yang playsafe. Sejak azali. Kalau benda 50/50, gua tak akan langgar. Kalau 60/40 gua boleh langgar. KEH!KEH!KEH! Daripada crush-crush yang jumpa pun, at the end of days, ia akan berakhir dengan jalan buntu. Ye, jalan buntu. Duh!
Untuk itu, pada gua beberapa kriteria perlu gua ambil kira untuk soal cinta/kahwin ni. Antaranya ialah:-
- Sekufu
Bahagian ni cukup penting. Ape makna sekufu? Setaraf! Kalau gua hanya duduk flat murah dapat pasangan yang ada banglo 3-4 juta tu sekufu tak? Yep! Kalau sekarang lu orang boleh claim benda tu tak de masalah kerana korang dah serasi dan get along time couple. Tapi lepas kahwin adalah fasa yang cukup berlainan. Gua tak nak benda-benda macam ni jadi satu sebab kenapa pasangan kita mengungkit-ungkit. Lebih teruk kalau parents mertua lu buat macam tu, macam drama-drama slot samarinda kat tv3 tu. Nak? Menghindari lebih baik dari mengubati. Pasal gua dah tengok benda ni terjadi kat orang-orang yang rapat dengan gua.
- Kematangan
Gua perlukan benda ni untuk diserasikan dengan gua yang kurang matang. HAHA… Gua gurau. Matang dari segi pemikiran cukup penting. Even dalam relationship sebelum kahwin. Pernah dapat GF yang merengek-rengek pasal benda kecik? Ape neraka?. Normally, anak yang sulung biasa akan lebih matang daripada pasangan kita yang datang dari anak bongsu. Biasanya. Tapi kadang-kadang benda tu pun tak boleh pakai. Kena tengok juga background family dia macam mana. Persekitaran sosial merupakan faktor paling besar untuk mengubah personaliti individu tahu? Gua tak sempitkan pencarian gua hanya wanita umur lebih tua daripada gua (lebih tua lebih matang kan?), itu tak boleh pakai! Kadang-kadang lagi tua lagi gedik gua tengok. Celake!
- Pengurusan Kewangan
Ini pada gua adalah bab paling penting! Macam abam Aslam cakap,
“Pengurusan kewangan memang sangat penting dan ianya menentukan siapa kita esok. InsyaAllah bila pengurusan itu betul, sama ada ekonomi jatuh atau pun naik. Kita tetap tersenyum :)”
Memang duit tak mampu membeli kasih sayang, tetapi dengan duit kita boleh mengekalkan kasih-sayang. Banyak kes-kes perceraian mahkamah syariah hari ini pasal kegagalan pengurusan kewangan rumahtangga. Duit tak de punya pasal. Gua malas nak tengok statistik. Pergi cari sendiri. Kalau tak de duit pun masalah, terlebih duit pun masalah. Money is root of evil orang cakap. Tak de duit laki bini bergaduh pung pang pung pang, terlebih duit pulak laki cari skandal. Hah!
Lagi satu gua fikir, selagi gua tak mampu untuk memberikan nafkah batin, makanan, tempat tinggal, perlindungan dan keselamatan serta pakaian sempurna untuk bakal isteri gua, gua rasa gua bukan suami yang baik. Itu pendapat gua berdasarkan hukum Islam. Hadis mana ke ape lu cari sendiri. Cuma sekarang gua tengok orang lebih kepada konsep perkongsian. Laki bini kongsi semua tu. Memang struggle. Tapi nak cari bini yang tolak ansur macam tu susah. Like I said, gua tak nak perkara mengungkit berlaku kelak.
p/s: Gua tau, tiada siapa yang perfect dalam dunia ni. Tapi kriteria-kriteria di atas bagaimanapun sangat PERLU untuk gua.
Comments