Simpan Buat Atok!


Gua memang ada perangai pelik sikit. Normally, barang yang gua suka giler regardless mahal or murah akan gua sambar. Kalau tak sambar, boleh sampai bawak mimpi. Sama macam kes my dearest jugak. LOL! Tapi masalahnya, gua jarang guna jika dah beli barang tu. Simpan buat atok!

Contoh paling dekat jam Seiko gua. Kumpul duit punya lama nak beli benda alah ni. Last2, tersadai jugak kat drawer gua. Sampai my dearest pun membebel-bebel pasal gua nak beli jam baru. Macam biasa, gua reka la alasan barang satu dua. Yang gua dapat, bebelan bertali arus dari dia. Hamjad! Gua memang kalah kalau bertengkar dengan minah ni.


Ironinya, sikap pelik gua ni terbawak-bawak sejak gua beli kereta. Kereta gua dah tersadai kat rumah beberapa bulan tanpa bergerak. Nak watcamne? Gua kalau keluar selesa dengan motor Wave 100 gua. Mudah dan lincah kaduk! Boleh baek punya cilok. Itu pun gua selalu dapat bebelan percuma. “Ada kereta tak nak guna! Bungkus je kereta tu!”. Hah! Segala alasan memang kena tolak mentah-mentah. Gua rasa gua nak sewa Myvi gua lah. Sehari rm50. Mahu? Call gua cepat!

Comments

Popular Posts