Zakat Fitrah 2011

Dari Ibnu Abbas r.a., bersabda Rasulullah SAW, ”Mewajibkan zakat fitrah itu sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan yang kotor dan sebagai makanan bagi orang miskin. Kerana itu, sesiapa mengeluarkannya selepas solat (Aidilfitri), maka ia merupakan salah satu sedekah dari sedekah-sedekah biasa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).

Waktu paling afdal zakat fitrah adalah sebelum solat Aidilfitri. Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya.” (Hadis riwayat Muslim). Tetapi pasti jangan kerana mengejar waktu afdal akhirnya kita tidak sempat membayar zakat kerana zakat yang dibayar selepas solat sunat Aidilfitri hanya seperti sedekah-sedekah biasa.

Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah seluruh Malaysia 2011.
        Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan : RM7
        Kadar Zakat Fitrah Negeri Trengganu : RM8/RM7/RM5
        Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang : RM7
        Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor : RM7.50/RM5
        Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka : RM6.50
        Kadar Zakat Fitrah Negeri Negeri Sembilan : RM6.50
        Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM7
        Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak : RM7
        Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah : RM7
        Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang : RM7
        Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis : RM6
        Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah : RM7
        Kadar Zakat Fitrah Negeri Sarawak : RM6.20
        Kadar Zakat Fitrah Kuala Lumpur : RM7
        Kadar Zakat Fitrah Putrajaya : RM7

Comments

Popular Posts