Dang Setia.

Gadis Lasak Sedih Tiada Kekasih.

Dang Setia, saya pelajar tahun akhir di sebuah institusi pengajian tinggi awam di ibu kota. Rekod saya cemerlang, baik dalam bidang akademik mahupun kegiatan luar.

Namun ada perkara yang membuatkan saya sedikit terkilan iaitu saya tidak mempunyai teman lelaki. Ketika di sekolah menengah pula saya hanya dikelilingi lelaki. Tidak pernah pun di antara mereka menyatakan suka pada saya. Saya akui saya gadis lasak dan perawakan sedikit kasar menyebabkan mereka salah faham mengenai saya. Hakikatnya saya juga mengharapkan lelaki menyukai saya.

Saya teringin bertemu janji dengan teman lelaki dan sehingga hari ini saya tidak pernah keluar berdua-duaan. Cemburu apabila mendengar rakan pergi ‘dating’ dan menerima bungkusan coklat serta bunga.

Saya hanya boleh menumpang dan menemani rakan apabila dipelawa mereka. Sedih juga. Adakah saya tidak cantik atau sikap saya yang kasar menyebabkan lelaki takut untuk mendekati saya. Gusar saya, hendak tanya ibu bapa malu. Bantulah saya Dang Setia.

Zyra
Kuala Lumpur.

p/s: Zyra, pergi bilik gantung diri Zyra. Bangang!

Comments

Popular Posts