Kisah Tak Pergi Terawih.


Jumaat lepas gua berlegar-legar di Bazar Karat. Nak cari kasut kerja. Memandangkan kerja harian gua meredah pasar dan pasar raya, jadi untuk membeli kasut jenama mewah seperti Clarks dan Salvatore Ferragamo agak keterlaluan. Paling bangsat pun gua beli jenama Ciano yang konfem ade diskaun 50% di Jusco. Jadi kasut pre-owned sudah memadai untuk gua.

Jadi selepas berlegar hampir 20 minit, sasaran sudah dikenal pasti. RM25 untuk kasut Hush Puppies pre-owned gua rasa adalah pembelian yang sungguh bargain. Berkeadaan elok, tapak kasut belum haus lagi. Hampir saja kasut tu dirembat oleh seorang brader sebelum gua sampai. Die dah cuba-cuba, Cuma nasib baik, kaki die cacat pasal die pakai saiz 7. Padahal badan die punya lah besar dari gua. Gua fikir, mungkin rezeki gua menjelang Ramadan al-Mubarak agaknye.

Gua jenis yang tak banyak berunding sangat. Gua bagi not RM10 3 keping kat penjual tu. Brader pakai jersi Manchester United. Die berniaga betul-betul depan Maybank. Gua peratikan, ramai budak kecik dok baring-baring dalam ruang ATM dan cash deposit Maybank tu. Anak die agaknya.

Masalahnya gua blah macam tu jek lepas bagi RM30 tu. Takde kate sapatah haram pon kat brader tu. Sepatutnya gua dapat baki RM5 daripada brader tu. Balik rumah baru gua perasan yang gua masih tak ambik lagi baki bayaran kasut tadi. Dah balik, takkan nak keluar lagi yedak? 


Gua syak brader ni ade ilmu pukau customer kot. Tak pun mungkin kifarah gua pasal tak pergi sembahyang terawih pertama malam tu.

Konfem esok gua tobat pergi terawih!

Comments

Popular Posts