Postpone.

Masa gua tingkatan satu, gua dengan member gua Ubai ade set up satu friendly bola sepak. Ni bola sepak padang. Itu jam, gua rasa sokan futsal memang haram takde lagi. Perkataan futsal gua rasa lagi takde dan tak pernah dengar. Teruja main bola padang ni lagi thrill daripada futsal yang budak-budak sekarang selalu main sebenarnya. 

Bertempat dekat satu padang area Bukit Cagar, gua dengan Ubai dah terpacak awal nak lawan bola ni. Semua dah ready. Jersi, but kain, shin-pad semua. Lagipun team yang kitorang nak lawan ni bukan calang-calang. Semua jenis umur 20-an ke atas. Badan sasa-sasa masing-masing. Apelah nak dibandingkan dengan badan budak sekolah masa tu. Ade dekat 3-4 kete jugak sampai masa tu. Masing-masing muka konfiden jek. Borak-borak sambil isap rokok tunggu masa jek nak main.

Masalahnya, team kitorang pulak tak sampai-sampai. Ubai dah punya gelabah call masing-masing tak dapat. Celake betul. Masing-masing macam nak mengelak. Masa tu mana nak letak muka dekat brader-brader tu. Last-last, Ubai terpaksa slowtalk dengan salah sorang brader ni. Gua bajet die ni kapten team brader-brader ni. Cool, cakap pun penuh diplomasi. Yang penting, dalam banyak-banyak brader tu dengan Ubai berbual, gua paling ingat kata-kata brader tu sebelum kitorang balik;

“Takpelah Ubai, aku rasa kena postpone match ni. Budak-budak ko pun takde”.

Lepas salam-salam, masing-masing balik. Nasib baik brader tu OK jek. Kalau tak, mahu jatuh air muka gua dengan Ubai kalau brader-brader tu menganjing. Mane nak sorok muka oi? Yang penting, teammate gua masing-masing memang nak kena maki masa naik sekolah nanti.

Lepas balek dari padang tu, dengan pantas gua masuk rumah, cari something. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar benda pertama gua capai. Gua belek-belek, cari makna perkataan keyword ‘postpone’ yang brader tu cakap tadi. Gua tau, benda tu jadi intipati perbualan Ubai dengan brader tu tadi. Postpone – menunda. Celake! Masa tu baru gua tau match tu kena tangguh rupanya.

Comments

Popular Posts