Suplex.

Semalam hujan satu hari. Memandangkan keadaan tak berapa sesuai untuk keluar, gua decide nak polish motor sikit. Gosok-gosok mana perlu. Terutamanya yang banyak minyak tu. Lepas gosok, gua nak ambil air. Paip dekat luar rumah, kawasan tu bersimen. Hari ujan, simen basah. Simen basah takpe, tambah selipar gua pakai dah haus tapak die. Good.

Tak semena-mena gua jatuh terlentang. Disebabkan selipar licin. Gua terlentang dalam beberapa saat. Gua rasa macam baru lepas kena suplex dengan Undertaker. Sakit nak mampos belakang gua. Dada gua macam nak pecah. Gua hanya mampu bangun selepas seminit. Gua tengok siku gua pun luka. Belakang badan gua calar sikit.

Lepas tu gua buang selipar bodoh tu dekat longkang. Kalau ikut marah gua, gua amik sledgehammer gua pecahkan lantai simen tu. Babi! Nasib baik gua pandai kawal emosi sikit. Keh Keh Keh! 


Hari ni gua masuk ofis macam orang tua. Jalan pelan-pelan pasal sakit belakang. 

Comments

Popular Posts