Me Gusta?


Baru-baru ni ade seorang rakan ‘penjawat awam’ mengatakan pada aku dengan nada sinis  dalam ruangan komen laman sosial Facebook aku, ‘penjawat awam jangan menggigit tangan yang memberi rezeki’. Something like that. Hanya kerana aku kongsikan pautan berkenaan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Pautan tu pun bukannya daripada pautan  pihak pro-pembangkang pun yang mengutuk pimpinan PM Malaysia tapi kawan sorang ni sibuk nak #butthurt sampai keluar frasa ayat macam tu.

Bro, pada aku bukan KERAJAAN yang buta-buta bagi rezeki kat kita. Allah yang bagi rezeki tu. Kalau setakat nak jilat bontot pada kerajaan pasal baru dapat kenaikan 13% gaji  baru-baru ni tak payahla ye? Aku percaya pada konsep ‘non-partisan’ aku untuk membangkang mana-mana pihak termasuk kerajaan ataupun pihak pembangkang kalau tindakan mereka ni tu salah lagi menjengkelkan. Pembangkang ni pun kadang-kadang ade jugak bangangnye. Ye dak? Tapi jangan gusar, walaupun aku berprinsip 'non-partisan', tanggungjawab untuk mengundi tetap aku jalankan. Malah aku dah letak nama aku untuk sukarelawan dalam proses PRU-13 akan datang. Power tak power la.


Oh, lagi satu dalam terma kontrak kerja aku ada tertulis 'jawatan anda ini tidak melayakkan diri anda digelar seorang penjawat awam'. So secara harfiahnya, aku bukan seorang penjawat awam. Me gusta?


Comments

Popular Posts