Tempat Makan Menarik JB.


Kita selalu merungut atau bingung bila nak mencari tempat makan yang best-best. Kalau ramai, masing-masing lagi perangai macam setan. Semua macam takleh nak fikir. Tunggu sorang 'kambing hitam' untuk decide. Lepas pergi dan makan, kalau tak sedap, tunggulah yang jadi kambing hitam tu kena bahan dengan kawan-kawan yang lain. Itu adalah perangai yang tak boleh diterima akal.


Oleh itu, aku nak cadangkan satu laman sesawang yang mungkin dapat menyelesaikan masalah kamu terutamanya kepada warga-warga Johor Bahru. Laman yang dimaksudkan ialah Johor Bahru Food Club. Semua info tentang perkhidmatan dan makanan yang disediakan, peta lokasi, dan juga snapshot gambar-gambar hidangan yang disediakan. Bonus bagi pengusaha restoran yang ingin mengiklankan korang punya restoran, anda juga boleh mengiklankannya di sini. Lepas ni takde lah alasan untuk bingung mencari tempat makan yang best ye dak?

Comments

Popular Posts