Team Power Mohon Tabah.
REAL MADRID FIXTURES:-
Villareal (A)
Real Sociedad (H)
Osasuna (A)
Valencia (H)
Atletico Madrid (A)
Sporting Gijon (H)
Barcelona (A)
Sevilla (H)
Granada (A)
Mallorca (H)
|
BARCELONA FIXTURES:-
|
Granada (H)
Mallorca (A)
Athletic Club (H)
Zaragoza (A)
Getafe (H)
Levante (H)
Real Madrid (H)
Rayo Vallecano (A)
Espanyol (H)
Betis (A)
|
Saingan Primera La Liga semakin hangat menuju ke penghujung musim. Liga Sepanyol masih lagi dengan pesen two horse races. Bermakna team power macam Real Madrid dan team tak berapa power macam Barcelona yang dok berebut takhta liga. Team no.3 liga sekarang Valencia punya la jauh 16 mata kena tinggal.
Tapi bukan itu aku nak perkatakan. Aku nak highlight sikit baki saingan liga yang kadang-kadang aku tengok macam berpihak kepada team tak berapa power Barcelona ni. Celake! Pagi tadi Real keciciran 2 mata lepas seri dengan Malaga di Santiago Bernabeu. Bangang! Jadi tinggal 8 mata jurang antara Real di persada liga dan Barcelona di tempat ke-2.
Jangan tanya kenapa jadual aku kat atas macam palat. Tengok Barcelona ada 6 perlawanan di Nou Camp berbanding 4. Dekat situ secara harfiahnya dah rugi ‘6 mata’. Tambah pulak dua-dua team ni lawan sama sendiri pada perlawanan ke-35. Peh! Mohon debor season ni. Lagi aku panas hati bila tengok lawan-lawan kelab Catalan ni semua jenis tak boleh go kecuali Atletic Club yang mungkin jadi pengacau. Real pulak terpaksa berdepan dengan kelab liat macam Villareal, Atletico, Sevilla dan tak lupa Barcelona sendiri. Tapi apa-apa pun, bola tetap bola. Semua boleh berlaku.
Cuma gua mohon team power tabah untuk mengharungi baki saingan La Liga. Aku taknak pagi-pagi masuk ofis check result livescore, sakit jantung pasal Real kalah. Aku tak suka benda tu. Kakakaka!
Comments