Privasi.
Bila aku ada peluang untuk berbual secara privasi dengan seseorang, dalam keadaan selesa, kadang-kadang banyak rahsia-rahsia diri aku akan aku ceritakan. Secara spontan. Hal peribadi, hal hubungan, hal keluarga dan sebagainya. Mungkin kerana seronok bercerita, aku sedikit khilaf di situ. Jadi aku akan lebih berhati-hati selepas ini. Pasal tak semua orang yang kita ceritakan akan amanah dengan privasi kita. Mulut manusia ni memang macam longkang sikit. Pantang ada cerita menarik, mula lah tersebar pantas kan? Lagi-lagi melibatkan aib orang. Moga aku dijauhkan daripada perangai macam tu. Amen!
Comments