Tips Cari Jodoh.
Jodoh
adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana
kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan
manusia telinga untuk me...ndengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir.
Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.
Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti
memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila
bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan
antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang
ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut
adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1. Bersahaja
Kekasih
kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia
berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia
spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau
ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang,
kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil
bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai.
Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang bersama
Walaupun
kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun
tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa
tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia
juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa
sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun
malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima kita seadanya
Apapun
kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu
perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia
juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita
sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia
tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia
juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia
sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa jujur
Dia
tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama.
Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang
boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi
kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila
berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila
dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang
disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah
sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap
orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya
dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila
kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat
di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai
antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka
rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding
rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan
kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan
dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi
kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang
panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan
kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh
ataupun sukar.
Segala
kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan
tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua
ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita
dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita
senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita
pada masa hadapan.
Jika
tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang
memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi
pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita
sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila
kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter,
dia menjadi pendengar.
Dia
selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira
ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia
juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah
sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai
bagi pasangan kekasih.
Apabila
dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat
senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada
siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan
yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti
di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang
bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia
kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah
tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan
kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya,
apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak
menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima
kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah
kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat
mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan
deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan
dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi
dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila
kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia
ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah
segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Mimpi
Jodoh
dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia
ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan
peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi
memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan
memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita
mendapat mimpi petunjuk.
Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika
tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi
mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya
sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah.
Adakah dia jodoh kita?
Comments