Rambut remaja Sikh dikacip, ibu bapanya berang
Ibu bapa seorang remaja Sikh yang menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berang apabila anaknya sedar dari tidur pada Ahad lalu dan mendapati rambutnya yang sepanjang hampir semeter telah dikacip. Mengikut agama Sikh, memotong rambut atau disebut “kesh” dengan tegasnya dilarang. Bapa kepada remaja itu, Surinderpal Singh, 47, berkata dia dan isterinya menjadi ntidak keruan dan kini tidak mahu anaknya itu menyambung latihan berkenaan. "Dia trauma dengan kejadian itu. Esok, perkara lebih buruk mungkin berlaku,” kata Surinderpal ketika dihubungi oleh Malaysiakini. Anaknya, yang namanya dirahsiakan oleh ibu-bapa berkenaan berkata kejadian berkenaan berlaaku pada Sabtu lalu ketika mereka berlatih sepanjang hari. Akibat kepenatan, dia begitu lena sepanjang malam tersebut. Menurut laporan polis, remaja itu, beliau menyedari sesuatu tidaak kena apabila pada sebelah pagi, ketika menyikat rambutnya dan dengan segera menghubungi bapanya. "Dia sedang tidur di bilik dengan 10 pelatih lain dan apabila dia bangun, dia mendapati kira-kira 60 sm rambutnya telah dipotong. "Kita tidak tahu siapa yang membuatnya tetapi kita percaya ada pelatih lain membuli dia," katanya. Menurut beliau lagi, dia diberitahu bilik tersebut dikongsi oleh anaknya bersama enam pelatih Melayu, tiga pelatih Cina dan seorang pelatih India.
"Dia sedar, dia tidak lagi boleh membuat simpul,” kata Surinderpal, yang kebetulan adalah sami di sebuah kuil Sikh di Jalan Gurdwara, Ipoh. Rambut budak itu pada asalnya mencecah sehingga paras punggung tetapi kini hanya pada paras dadanya. Dia juga tidak tahu siapa yang bertanggungjawab ke atas kejadian itu dan gagal menjumpai sebarang rambutnya yang dipotong itu mahupun alat yang digunakan bagi mengacipnya.
Keberatan benarkan cuti
Menurut Surinderpal dia dan isterinya terus bergegas ke kem latihan Seri Impian di Sungai Bakap, Pulau Pinang untuk berjumpa dengan anak mereka pada hari yang sama. Di kem itu, mereka menunggu hampir sejam untuk berjumpa dengan komanden yang tidak berada di lokasi tersebut memandangkan Ahad adalah hari rehatnya. Semasa perjumpaan itu, komandan berkenaan dilaporkan berkata semua pelatih dilarang membawa gunting atau pemetik kuku. Katanya kemungkinan peralatan yang digunakan bagi memotong rambut remaja tersebut dibawa oleh ibu bapa mereka pada pertemuan dengan anak-anak mereka pada pertemuan hujung minggu.
"Saya juga ada bertanyakan kepada komandan kem dan pegawai kem yang lain tetapi mereka memberitahu saya adalah mustahil untuk mencari siapa yang berbuat demikian kerana ini boleh dilakukan oleh salah satu daripada pelatih yang hadir untuk kem berkenaan," katanya. Menurutnya, komanden itu berjanji akan menyiasat tetapi hanya membenarkan anaknya bercuti sehingga 23 Januari ini, walaupun pada awalnya beliau agak keberatan memberikan kebenaran. Surinderpal berkata apa yang dialami anaknya itu ibarat mimpi ngeri dan mahu jaminan keselamatan jika remaja itu dikendaki pulang semula untuk latihannya. "Saya hilang keyakinan dengan pihak berkuasa kem. Saya bimbang anak saya akan dicederakan pula... Rambut anak saaya disimpan 18 tahun. Dalam dua minggu, semuanya hilang. "Beliau amat terkejut. Kita sebagai ibu bapa juga terkejut, Kita dalam dilema sekarang. "Hari ini, ia berlaku ke atas anak saya. Ia boleh berlaku lagi ke atas anak-anak berlainan agama. Bolehkah pihak berkuasa yakinkan ibu bapa bahawa kem latihan ini selamat?.
p/s: Bengap abes budak PLKN nih. Gurau kepala bana die. Ke alasan budak ni semata-mata?
Comments